Isnin, Oktober 17, 2005

Meneka Dalam Kesamaran

Tensi jugak guwe memikir apakah lagu yg nak dimasukkan, ni ler bahana nya jika teralu banyak koleksi lagu yg menarik minat aku. Dah pukul 1:30 pagi, apa kata kalo aku letak jer lagu yang suatu masa dulu pernah dipopularkan oleh Ibnor Reza? Meneka Dalam Kesamaran. Lagu ini juga telah mampu mengimbau kembali kenangan aku semasa mula bersekolah menengah di SMKA Tok Jiring, KT dulu.
hmmm... syahdu jugak rasanya bila terkenang saat saat perih jerih ke sekolah dengan mengayuh basikal sejauh lebih 8 KM.

Meneka Dalam Kesamaran
*maaf kualiti rakaman kurang memuaskan

cukup lah dulu,
ada masa nanti sambung lagi

Rabu, Oktober 12, 2005

Khusus Buatmu...

apa2

Perkataan diatas bagi kebanyakkan orang mungkin tidak membawa apa-apa erti, tapi tidak bagi seorang sahabat karibku ini, baginya perkataan diatas mungkin membawa seribu satu pengertian yang tidak pernah terfikirkan oleh kita semua. Perkataan tersebut aku abadikan sebagai memenuhi harapan beliau agar dituliskannya diblog ini. semuanya bermula dari satu sesi bual di IM.
<aku>ehh... apa lagi yang aku nak tuliskan kat blog aku tu ekk?
<Sahabatku>tulis jer laaa apa2
Dari sinilah segalanya bermula dan aku harap apa yang aku tuliskan itu mampu memberi secebis kegembiraan padanya.
Sekian, untuk sahabatku dari ParBun

Semalam Yang Hangat

Semalam time tengah mencari bazaar ramadhan yg besst bessst terdetik plak lam kepala, apa kata kalo aku kasik ruang skit pada blog ni untuk letak lagu lagu yang mempunyai banyak kisah dalam hidup aku, lagu-lagu yg dimaksudkan pula bukanlah versi asal, tapi versi mentah (raw) yang memang tiada di pasaran dalam negara kita.
Petang nanti i'allah aku akan masukkan lagunya satu persatu.

Lagu seroja pun macam besst gak, lagu S. Effendi yang pernah dipopularkan oleh ramai penyanyi termasuk Ibnor Reza dan terkini Jamal dan Mawi, hmmm.... Lagu original S. Effendi ada dalam simpanan aku, tapi seperti yang aku kata tadi aku lebih suka lagu mentah.. mentah.. mentah...
Tapi kan, tunggulah sampai lagu tu dah sejuk skit baru aku akan letak.
Aku ingat nak mulakan dengan lagu-lagu dari zaman 60-80an, DJ Dave?, Sharifah Aini?, Sudirman? Aman Shah?... tengok nanti lah maner satu yg sesuai

3:47PM, Rabu 12 Oktober 2005

Pada hari ini dalam tahun 2005, maka terciptalah sebuah blog yg khusus untuk diriku setelah sekian lama memikirkan biler lerrr time yg sesuai utk aku buka blog sendiri.. duk asyik baca blog orang jer ... apa khelasss!