Isnin, September 15, 2008

Dah lama terabai blog ni, semalam 15/09/2008 aku sampai lagi kat K.Kinabalu, untuk kali ke 4 aku sampai lagi ke K. Kinabalu bagi tahun ni, kali ni aku akan berada disini selama 6 hari, ada satu dua projek nak kena selesaikan. Masa dalam penerbangan aku tiba2 teringat alang2 dah ada blog apa salahnya aku rakamkan saja cerita perjalanan aku ke KK ni kedalam blog yg sedia ada ni.. hehe

15/09/2008, sampai jer KK check-in dan terus ke Country Height utk buat troubleshooting kat sana, lepas tu terus ke Universiti Apartment dekat sebelah UMS tengok-tengok infra dalam cabin yg masih belum siap sepenuhnya untuk aku teruskan kerja-kerja aku.

6:20pm buka puasa depan Parkson, penat aku jalan cari gerai kat Riverside, tempat yg selalu aku singgah untuk makan malam kat KK. rupanya gerai2 tu semua sudah dipindah ke depan Parkson nih, takder lagi dah pemandangan indah tepi sungai yg boleh dihayati sambil menikmati juadah makan malam seperti sebelum ni. Menu berbuka, nasi dengan sotong + udang masak halia, sabah vege goreng belacan, teh halia, semua sekali Rm27.00 mahal gilerr Tapi... apa yang pasti masakan di KK memang kurang kena dengan citarasa aku. Setakat ni aku belum jumpa lagi gerai atau restoran yang menyediakan masakan yg kena dengan selera aku, nasib baik masakan di Hotel agak berbeza.
Pagi tadi sahur dengan Roti 2 keping disapu jem strawberi+mentega kacang, kurma, buah tin, betik, tembikai, nasi lauk ikan merah asam pedas, ayam braised, telur masin, pucuk paku goreng belacan.
hari ni ke Universiti Apartment lagi.............

Tiada ulasan: